Tuesday, March 20, 2007

AKIDAH DALAM KEHIDUPAN UMAT ISLAM.

Motto.

عن ابن عباس قال خطب رسول الله فقال إن الله قد أعطى كل ذي حق حقه الا إن الله فرض فئرض وسن سننا و حد حدودا وأحل حلالا و حرم حراما وشرع الدّين فجعله سهلا سمحا واسعا و لم يجعله ضيقا ألا انه لا ايمان لمن لا أمانة له ولا دين لمن لا عهد له ومن نكث ذمة الله طلبه ومن نكث ذمي خاصمته ومن خاصمته فلجت عليه ومن نكث ذمني لم ينل شفاعتى ولم يرد على الحوض.

رواه الطبرانى

Maksudnya:

“Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda dan berkata: Sesungguhnya Allah telah memberi tiap-tiap yang berhak akan haknya. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan yang fardhu menentukan yang sunat, menggariskan (hukum) hudud. Allah telah menghalalkan perkara yang halal, mengharamkan perkara yang haram. Allah menggubal ad-Din cara hidup yang mudah, lapang dan luas. Ia tidak menjadikannya sempit. Sesungguhnya tidak beriman (sempurna iman) orang yang tidak amanah tidak beragama yang tidak boleh dipegang janjinya. Barang siapa yang menyalahi janji setianya dengan Allah pasti ia dituntut oleh-Nya. Siapa yang menyalahi janjinya denganku nescaya aku menjadi lawannya, manakala siapa yang menjadi lawanku pasti aku akan kalahkan. Siapa yang menyalahi janjinya denganku maka tidaklah ia mendapat syafaatkudan tidaklah ia sampai ke Haudh (kolam air pelepas dahaga di akhirat).”

I. Mukaddimah.

Manusia digerakkan oleh berbagai dorongan. Dorongan itu bersumberkan dasar asas pemikirannya. Andaikata akal nya tidak di huni oleh suatu pola pemikiran khusus tetapi sekadar pemikiran yang terpancar pancar serta keyakinan yang tidak terarah maka sikap dan tindak tanduknya ditentukan oleh perasaan dan pertimbangan yang terkuat tanpa merujuk kepada suatu pola pemikiran khusus. Sebaliknya jika akar tersebut telah dikuasai oleh suatu minhaj berfikir atau pola pemikiran khusus maka seluruh gerak dan sikapnya akan merujuk kepada pola tersebut dengan segala kriteria khususnya.

II. Pengertian Akidah.

Asas pola pemikiran ini disebut iman . Tauhid adalah ciri khasnya. Ubudiah intipatinya manakala akidah adalah rentetan darinya. Ibadah pula gandingannya. Akhlak buah dan hasil tuaian nya.

Dari segi bahasa akidah bermakna simpulan atau ikatan. Ia membayangkan komitmen atau sikap yang terikat dengan pola keimanan dan pemikiran yang di internalize oleh seseorang . Keyakinan dan pemikiran tersebut mengandungi nilai , narm, role atau peranan dan sebagainya.

Akidah bukan hanya mencorakkan minda atau pemikiran tetapi juga perasaan interaksi, sikap, sahsiah dan struktur budaya, sistem hidup dan akhlak seseorang .

Akidah keagamaan yang kuat mengikat pemikiran dan corak hidup manusia. Ia akan menjernihkan rohaniah meluruskan kaedah berfikir, menghasilkan kebijaksanaan yang berasaskan kepada petunjuk Allah. Ia akan menjadikan manusia mengikut pedoman Al Quran, Sunnah, Ijma' dan kias. Tujuan utama manusia beriman dan berakidah Islamiah ialah untuk menyembah Allah selaras dengan firman Allah:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِي

Bermaksud " Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah ".

(Surah Al-Zariyat 56)

Komitmen keagamaan yang kuat juga sering menghasilkan tamaddun manusia dari abad keabad. Hampir tidak ada tamadun manusia yang tidak di latari oleh motivasi agama. Tamadun Islam masa lampau di jana oleh kekentalan akidah, kekuatan iman yang amat padu oleh para leluhun dizaman silam. Para salaf al Saleh tersebut gigih mendaulatkan keyakinan mereka di bumi Allah. Mereka sanggup menempuh berbagai-bagai jenis cababran, dugaan hinggalah maut ataulah mati syahid.

Akidah merujuk kepada keyakinan bahawa sumber nilai norm dan hukum hakam ialah Allah swt yang maha esa. Segala-galanya dijadikan berkhidmat untuk Allah, sesuai dengan kehendak Allah. Akidah Islam selaras dengan fitrah manusia. Allah berfirman:

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا

Maksudnya "Ia adalah agama fitrah yang manusia semuanya dicipta berdasarkannya".

(Surah Al-Rum 30)

Allah berfirman lagi:

قُلْ لَوْ كَانَ مَعَهُ آلِهَةٌ كَمَا يَقُولُونَ إِذًا لَابْتَغَوْا إِلَى ذِي الْعَرْشِ سَبِيلًا(42)سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يَقُولُونَ عُلُوًّا كَبِيرًا

Maksudnya "Katakan kalau ada tuhan lain bersama Allah seperti mana yang mereka katakan mescaya tuhan-tuhan lain itu akan cuba berusaha menggeser tuhan yang menduduk arasy. Akan tetapi Maha suci dan terlalu mah a tinggi dan agung Allah dari tewdedah (kepada sebarang gugatan) seperti mana yang mereka katakan".

(Surah Al-Isra’ 42)

Firman Allah lagi:

مَا اتَّخَذَ اللَّهُ مِنْ وَلَدٍ وَمَا كَانَ مَعَهُ مِنْ إِلَهٍ إِذًا لَذَهَبَ كُلُّ إِلَهٍ بِمَا خَلَقَ وَلَعَلَا بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يَصِفُونَ

Maksudnya "Masakan Allah mempunyai anak apatah lagi masakan pula ada bersamanya tuhan yang lain. Kalau demikian tentu tuhan akan membawa pergi apa yang mereka cipta. Dan sudah tentu pula segolongan tuhan akan menguasai segolongan tuhan yang lain (akan tetapi) maha suci Allah ( untuk berkeadaan) seperti yang mereka sifatkan. Ia maha mengetahui perkara yang gaib dan yang ada di dunia nyata. Sesungguhnya ia maha tinggi dari segala yang sekutukan,

(Surah Al-Mu’minun 91)

Tauhid Rububiah dan Uluhiah menjernihkan asas iman kepada Allah sebagai penguasa alam yang mutlak. Kehendaknya mutlak, penilaiannya adalah yang terbaik. Norma dan pattern peri laku yang di sunnah kannya adalah yang terbaik. Muhammad pesuruhnya adalah setepat-tepat model untuk manusia yang ingin perintah Nya yang amat bijaksana.

Iman ialah قول القلب واللسان وعمل العلب واللسان والجوارح

Ungkapan hati dan lidah. Ia juga amalan hati, lidah dan anggota. keimanan yang benar dan tulus memungkinkan seseorang mencapai mertabat yang paling tinggi di dunia dan juga di akhirat. Allah berfirman:

أُوْلَئِكَ هُمْ الصِّدِّيقُونَ وَالَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ

maksudnya: Orang yang beriman dengan Allah dan Rasulnya, mereka itulah golongan siddiqin ( jujur tulin).

(Surah Al-Hadid 19)

Mereka menurut dan menerima nilai-nilai Islam yang mencorakkan sikap, tanggapan dan emosi mereka dengan hati dan dengan perbuatan. Mereka lumrahnya berkata:

رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنْزَلْتَ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ

Maksudnya: "Hai tuhan kami, kami beriman dengan segala yang telah engkau turunkan dan kami mengikut rasulallah saw. Oleh itu catitkanlah (nama) kami bersama dengan orang-orang yang menjadi saksi.

(Surah Ali- Imran 53)

Keimanan ialah kecenderungan hati kepada nilai dan cabang-cabang iman ( lihat lampiran 1).

III. Penghayatan Akidah.

Islam yang menjadi cara gaya hidup yang berteraskan akidah sudah pasti suatu ajaran yang merangkum dan syumul. Ia begitu luas dan menyentuh perbagi aspek hidup. Kerana itu rasullullah saw bersabda:

إن هذا الدين متبين فأغلوا فيه بالرفق

maksudnya Agama Islam ini utuh padu, oleh itu dalamilah ( pengetahuan dan penghayatannya ) dengan lemah lembut.

Peenghayatan akidah ini melibatkan pengubat hati nurani dan intiosi dengan nilai dan cabang-cabang nya yang bersifat kejiwaan. Hati manusia ibarat raja. Apabila raja tunduk kepada Islam maka rakyat jelata mesti tunduk kepadanya. Sebaliknya jika raja menolak dan murka kepada nilai-nilai ajaran Islam sudah pasti rakyat akan menghadapi kesukaran untuk melaksanakan tuntutan iman.

Ibnu Hajar Al Asqdawi menjelaskan 24 cabang iman yang sewajar di cambah dalam hati termasuk penerimaan kepada rasullulah sebagai role model, takut kepada Allah, harap kepada Allah dan sebagai nya. Keseluruhan cabang iman yang berkaitan dengan pembentukkan Dhomin atau consience keimanan harus diusahakan oleh seluruh agensi kerajaan dan peringkat masyarakat.

Pembentukan insan yang beriman juga suatu manifestasi penghayatan akidah. Ia menuntut pembersihan alat komunikasi dan mediamassa dari fahaman anti agama teradisi dan dakwah Islam atau alim ulama . Lisan dan media yang kerap mencemoh segala yang berkait dengan Islam dan teradisi atau jentera penerangan dan kebudayaan yang lebih mempopularkan nilai-nilai munkar, ssufur (pendedahan) dan gaya hidup barat tentu akan meracuni pemikiran rakyat dan jenerasi baru. Mereka secara tabii akan meniru gaya hidup yang serba keduniaan dan sekular hasil daripada pengaruh media tersebut.

Pembentukkan persenoliti Muslim yang baik mungkin juga bermakna pembentukkan dan pembangunan manusia yang seimbang dan matang. Mengujudkan keluarga yang taat dan berdisiplin membawa kepada masyarakat bertakwa, adil mengamalkan nilai-nilai murni dan sebagainya. Mengujudkan sistem persekolahan yang menyuburkan akidah `islam bukan sibuk menyuburkan sukan dan seni sahaja. ada setengah pendidik yang begitu peka dengan pendidikan jasmani tetapi tidak seimbang sekali dengan kepekaan nya kepada pendidikan ruhani atau akhlak. Ada yang begitu asyik dengan teknolooogi tetapi memandang ringan terhadap ilmu-ilmu kemanusiaan dan agama. Mulut berbuih menyebut seimbang, amalan mereka menyolok sekali ketidak seimbangannya. Sikap seperti ini tidak mungkin membantu mengukuhkan penghayatan wawasan Islam dalam masyarakat atau negara.

Mengukuhkan nilai kejiranan, budaya penyayang, serta amalan kemasyarkatan yang positif seperti tolong menolong berjamaah dan sebaginya, menguatkan persaudaraan dan sebagainya sejajar dengan penghayatan akidah. Melaksanakan undang-undang Allah untuk mendisplinkan mahluknya adalah seuatu kemestian akidah.

Pembentukan kepimpinan yang berwawasankan Islam juga menifestasi komitmen kepada akidah Islam. Golongan yang curiga dengan kepimpinan dan kadar kepimpinan Islam dan cuba untuk menampilkan kepimpinan ala bangsa dan fahaman patrioratism. Semata-mata ternyata ingin dari dasar akidah Islam. Mereka benci dengan kaedah Islam sebaliknya suka kumpulan yang mewarisi wawasan sekularnya. Ini bercanggah dengan penghayatan akidah.

Keadilan adalah nilai penting dalam membangun masyarakat Islam. Menegakkan keadilan dalam diri, keluarga den masyarakat berkaitan denga tuntutan akidah. Manakala peteria keadilan itu ialah mengikut sistem pemerintahan Islam seperti yang di tuntut oleh akidah.

Membanteras program-pro lagha dinned Lahu yang manures pertunjukkan send yang tidal bermoral oleh artis-artis yang menjual maruah boleh mengukuhkan iltizam rakyat kepada nilai- nilai yang baik. Trend Islam dalam seni dan budaya di negara kita perlu di perkukuh sebelum seni dan budaya berubah menjadi jelmaan syaitan yang memperkukuh kejahatan dan jenayah. Selain dari itu akidah dapat dikesan dengan wujudnya beberapa ciri yang menjadi amalan seseorang. Dalam hubungan ini ada baiknya kita memperincikan ciri-ciri tersebut.

D. Ciri-ciri Wujudnya Akidah.

Ciri-ciri wujudnya akidah dalam diri diperincikan oleh al-Bayanuni sebagai berikut:

1. Menerima apa jua yang datang dari Allah dan Rasul. (al Baqarah 26 ).

2. Menyahut panggilan Allah dan Rasul (An Nisa’ 162)

3. Tunduk kepada hukum Allah dan Rasul (An Nisa’ 65, An Nur 47-51 )

4. Gementar dan takut kepada Allah (Al Anfal 2).

5. Menisbahkan perbuatan kepada Allah s .a.w (Al Insan 30)

6. Konsisten mempertahankan kebenaran.

7. Bimbang dan takut (nasib diri di akhirat al Syura 17- 18)

8. Bertawakkal kepada Allah (Yunus 84-86, al Maidah 23)

9. Senantiasa memikirkan penciptaan Allah dan keagongan nya (al Jathiah 3-4 )

10. Mengimbaukan pengawasan Allah terhadap diri berdasarkan hadis riwayat Muslim:

إن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك

Maksudnya ”Anda menyernbah Allah seolah-olah anda melihatnya atau seolah-olah Ia melihat anda”

11. Selalu menggandingkan iman dengan amal saleh. Rasulullah bersabda;

الايمان والعمل قرينان

Maksudnya ” Iman dan amal saling bergandingan”

12. Rasa kasih yang mendalam kepada Allah (al Baqarah 65, Ali Imran 31)

13. Mengasihi Rasulullah s.a.w. Beradab dengan Rasul (An Nur 62).

14. Beradab dengan Rasul (An Nur 62).

15. Menyayangi (Al Ansar) dan penyokong-penyokong Rasulullah s.a.w..

16. Sayang dan benci kerana Allah (Al Mujadalah 22)

17. Setia kawan (Al Mualah) dengan orang-orang yang beriman ( Al Hujurat 10)

18. Zuhud terhadap dunia dan cenderung kepada akhirat (Al ’A’raf 32)

19. Mengambil iktibar dan pelajaran dari peristiwa lampau dan yang berlalu (Al Baqarah 233, Al Zariat 20-21)

20. Memakmurkan masjid Allah (Al Taubah 18)

21. Berjihad di jalan Allah An Nisa’ 76.

22. Amanah, jujur dan menghindari perbuatan mengkhianat dan berdusta (Al Mukminun 8 & Al Nahli 105 )

23. Setia dan tidak belot.

24. Berakhlak baik serta tidak melibatkan diri dengan perkara yang bukan-bukan.

25. Berlaku adil terhadap diri serta memiliki keinsafan yang baik.

26. Sukacita dengan amal kebajikan yang dilakukan.

27. Mempunyai firasat yang tepat.

28. Melaksanakan keta’atan semata-mata kerana iman dan mengharapkan rahmat Allah.

29. Suka berbudi.

30. Berbuat baik kepada jiran.

31. Tidak mengganggu jiran tertangga.

32. Memuliakan tetamu dan suka bertutur dengan baik.

33. Menghindarkan diri dari memakai emas dan sutera (bagi lelaki).

34. Tidak menakut-nakutkan orang Islam lain (Mengancam olok-olok dengan senjata dan sebagainya).

35. Saling memberi nasihat dan bimbingan.

36. Saling simpati dan mengasihi.

37. Saling bekerjasama melakukan kebajikan dan ketakwaan.

38. Saling bermesra dan rukun damai dengan orang-orang mukmin lain (al-Anfal 63)

39. Menunaikan janji.

40. Bersikap pemalu.

41. Bersikap luhur dan berpada dengan apa yang ada.

42. Cemburu dalam ertikata yang positif

43. Menegur para pelaku bid’ah.

44. Menjaga lidah.

45. Baik hati dan baik sangka terhadap orang lain.

46. Menerima takdir.

47. Bertimbang rasa serta menjaga hati orang lain.

48. Sabar menanggong derita (Ibrahim,12)

49. Pintar dan bijaksana (Al Talaq 10)

E. Manfaat Akidah

Akidah bagaikarr sebatang pohon yang baik. Semakin berat dan kukuh akar tunjangnya semakin subur dan tinggi batangnya. Buahnya semakin lebat dan banyak. Inilah yang diibaratkan oleh Allah dalam Al-Quran (Ibrahim 24-25)

أَلَمْ تَرَى كَيْفَ ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ(24)تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ(25)

Antara faedah yang boleh dicapai dengan akidah ialah penjagaan dan imbauan kasih Allah (Wilayatul Allah) Allah berfirman:

اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنْ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمْ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُمْ مِنْ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُوْلَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Mendapat pujian Allah (Al Baiyinah 7). Allah akan mempertahankan orang yang beriman (Al Haj 28).Memperolehi kemenangan dari Allah (Ghafir 51). Para malaikat memohon ampun kepada Al Lah dan berdoa untuk orang-orang yang beriman (Ghafir 7). Hati akan mendapat sinar dan keceriaan Allah. Ketenangan jiwa juga akan diperolehi.

Faedah beriman juga dapat dilihat dalam bentuk bimbingan Allah terhadap seseorang ke jalan kebenaran (Yunus 9). Terhindar dari gangguan syaitan (An Nahl 98-99). Dijanjikan oleh Allah ganjaran yang lumayan di akhir.at (An Nur 55 k At Taubah 72. Kejayaan (Al Falah) didunia (Al- Baqarah 2-5). Kepantasan meniti Siratul Mustaqim. Keamanan dan kebahagiaan. Keberkatan rezeki (Al A raf 96). Kasih mesra di hati manusia lain. Pemantapan pendirian di atas landasan kebenaran (Ibrahim 27). Keampunan Allah dan penghapusan dosa (Al Ankabut 7 8’c Al Fath 29). Memperolehi Nur pada hari kiamat (Al Hadid 12) syafaat Rasulullah dan pahala berterusan. Kekal dalam syurga (Al Baqarah 25, An Nisa 123, Fussilat 8). Disamping akan dituruti pula oleh zuriat mereka yang soleh disyurga kelak.

Sebenarnya terlalu banyak lagi kebaikan dan faedah akidah yang tidak dapat disebutkan dalam kesempatan ini kerana luas dan hebatnya ajaran Islam itu. Ia ajaran yang amat unggul dan mulia. Ia adalah jalan menuju syurga.

VI. Langkah-langkah memantapkan Akidah Islamiah.

Memandangkan banyaknya gejala kerancuan berfikir dan sikap yang menyimpang jauh dari lunas akidah akhir-akhir ini maka setiap pihak yang bertanggung jawab perlulah sedar dan peka terhadap tanggung jawab masing-masing untuk memperkukuhkan ciri-ciri akidah dalam diri, keluarga dan masyarakat.

Para pemimpin politik perlu serta mustahak mengamalkan tuntutan akidah dalam wawasan politik, kaedah bertindak dan etika berpolitik. Tidak ada iman (akidah) bagi pemimpin yang tidak amanah atau jujur, Tidak ada dasar yang lebih utama dari dasar Islam.

Pentadbir mestilah menerapkan falsafah dan prinsip pentadbiran Islam dengan kaedah yang canggih, terkini dan mengamalkan etika yang memenuhi tahap profesionalisme. Pengurus pula menerapkan adab-adab Islam bekerja untuk merealisasikan kesejahteraan umat dan negara.

Pensyarah dan guru menekankan paradigma Islam dalam disiplin ilmu yang mereka ajari. Para pelajar dan murid didedahkan dengan situasi pembelajaran yang sihat. Universiti dan sekolah di pastikan supaya mendidik dan melahirkan graduan dan pelajar yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap akidah Islamiah dan citi-cita Islam.

Ahli koprat dan para peniaga diseru supaya mengamalkan mua’malat Islam dalam business mereka, mengikis sifat tamak haloba dan sikap mata duitan. Mereka sewajarnya menurut kaedah halal haram Islam, mengukuhkan falsafah dan amalan ekonomi Islam agar terbentuk suatu budaya baru yang lebih bersih halal dan berkat dalam masyarakat.

Budayawan, karyawan, artis memastikan karya dan persembahan mereka selaras dengan nilai-nilai syara, menjaga maruah diri dari diperniaga bagaikan barang dagangan. Kebudayaan dan kesenian dalam masyarakat perlu lebih menghaluskan budi dan adirasa umat; bukan mencemarkannya.

Para petugas keselamatan perlu dididik dengan akidah Islamiah yang baik serta wawasan kepolisian dan ketenteraan Islam agar mereka menjadi pejuang akidah, sedia bekorban dan mati syahid Kerana Aliah, agama dan nusa.

Para arkitek melakarkan perancangan bandar, kampong dan pembangunan negara berasaskan nilai-nilai Islam. Sehingga abadilah mercu tanda Islam dalam masyarakat yang beriman.

والله هو الوفق

Oleh:

Ustaz Haji Abdul Ghani Samsudin

استاذ حاج عبدالغنى شمس الدين

Rujukan:

1. Al Baihaqi ”Mukhtasar Syu’abi al Iman”. Dar al Sahwah Kaherah tanpa tarikh,

2. Kisyk, Syeikh Abd. Hamid ” Bina’ al Nufus” al Maktab al Misriy al Hadith Mesir 1979.

3. Al Sa’dy, Syikh Abdul Rahman Nasir ”al Taudhih wa al Bayan li Syajarati al Iman” Dar al Sahwah li al Nasyr Kaherah tanpa tarikh.

4. ’Ulwan, Abdullah Nasih, Muhadharat Fi Takwin al Syahsiah af Insaniah fi Nazr al Islam ”Dar al Salam, Kaherah 1983.

5. Al Bayanuni, ad Izzuddin ”al Iman:Khasaisuhu,’Alamatuhu, Thamaratuhu” Bhgn. 2 cetakan Dar al Salam, Kaherah 1975.


©MANHAL PMRAM 2000

s

No comments: