Monday, April 2, 2007

SIRI KULIAH PAGI

BEBERAPA TUNTUTAN UNTUK DU’AT DALAM KONTEKS AMAL ISLAMI

PADA :ISNIN JULAI 17, 1989

Muqaddimah

الحمد لله الواحد الأحد،الفرد الصمد الذي لم يلد ولم يولد ولم يكن له كفوا أحد

Satu fenomena yang baik di zaman mutaakhir ini yang boleh dibanggakan

oleh rata-rata umat Islam ialah tentang wujudnya arus kebangkitan Islam. Semua negeri yang diduduki oleh umat Islam samada di Blok Barat atau Timur melaung-laungkan kebangkitan Islam.

Banyak pertubuhan dakwah, Harakah Islamiah, persatuan, persekutuan dan

tanzim ditubuhkan untuk merealisasikan kesedaran dan kebangkitan Islam ini. Justeru itu untuk merealisasikan kesedaraan dan kebangkitan ini, pemimpin-pemimpin, pendokong-pendokong dan para du’at mestilah ada padanya persediaan, penguasaan dan perubahan yang kamil dalam semua aspek Amal Islami.

Ini adalah kerana tugas dakwah merupakan tugas yang amat berat yang

penuh dengan kepelbagaian tribulasi. Oleh itu persediaan, penguasaan dan perubahan yang baik amatlah diperlukan supaya para du’at dapat bekerja dengan penuh penyusunan, thaqafah, akhlak, mempunyai tanzim dan perlaksanaan yang baik. Tanpa ini semua dakwah itu akan manjadi lesu dan memenatkan. Sesungguhnya orang yang tidak memiliki sesuatu itu tidak mampu memberi.

( فاقد الشئ لا يعطيه)

Kenapakah Perlunya Persediaan Bagi Para Du’at

Al Ustaz Mustafa Masyhur ada mengatakan bahawa setiap musafir di

dalam mana-mana perjalanan atau pelayaran pun mestilah mempunyai bekalan yang perlu di dalam perjalanan itu supaya dapat ia meneruskan lagi perjalanannya dan untuk mencapai tujuan di akhir perjalanannya itu. Mestilah ia mengira apa yang akan menghalang perjalanannya yang mana boleh jadi ia tertumpas atau terhalang di perjalanan itu dan tak dapat lagi perjalanannya ataupun perkara yang boleh menjauhkannya dan menghalang untuk ia sampai kepada tujuan asalnya.

Jalan Dakwah ialah tujuan asas pada da’ie itu sendiri di dalam

hidupnya. Ini adalah perkara yang perlu diambil berat oleh da’ie itu seperti bekalan yang boleh menjaganya dari penyelewengan terhadap jalan dakwah sebenar atau hampir-hampir terputus dari perjalanan itu atau terhenti di tengah jalan atau terhalang atau tergelincir yang mana ini boleh menimbulkan kerugian yang besar dan terlepas darinya keuntungan dan kejayaan yang besar.

Untuk menjadi dalil perlunya bekalan ini dan kepentingannya,

bolehlah kita katakan sebuah kenderaan seorang musafir jikalau ia kehabisan tenaga di perjalanannya dan tidak diperbaharuinya samalah seumpama sekeping besi yang tidak dapat menolongnya untuk bergerak walaupun selangkah. Demikianlah juga mereka yang menjalani jalan dakwah. Jika bekalan-bekalan iman dan taqwa kepada Allah berkurangan atau kehabisan tanpa diperbaharui dan ditambah maka jadilah da’ie itu seolah-olah mati atau sakit yang tidak dapat bergerak Firman Allah s.w.t. ,

قال الله تعالى :"أومن كان ميتا فأحييناه وجعلنا له نورا يمشى به فى الناس كمن مثله فى الظلمات ليس بخارج منها"

(سورة الانعام 122)

Al Ustaz Fathi Yakan di dalam memberi taujihat kepada pemuda Islam

mengatakan peranan pemuda ialah peranan mengubah, iaitu suatu peranan yang amat berat dan sulit. Maka sewajarnya persediaan mereka juga hendaklah sesuai dengan besarnya tanggungjawab dan mas’uliah tersebut, serta betapa bahayanya risiko yang akan dihadapi olehnya.

Persediaan tersebut merupakan tuntutan-tuntutan yang mesti

ditunaikan oleh du’at sebelum ia terjun ke medan dakwah.

Apakah Method Persediaan

Da’ie yang berjaya ialah orang yang berupaya mendalami jiwa

manusia dan memberi kesan dengan dakwah dan pemikirannya kepada manusia kerana manusia berlainan bentuk, tabiat dan peringkatnya.

Untuk mencapai hakikat ini, para du’at mestilah merealisasikan

Method yang berikut dalam kehidupannya.

Persediaan di Segi Pengetahuan (thaqafah)

Persedian di segi pengetahuan amatlah penting bagi du’at. Ini adalah untuk membolehkan du’at berfikir secara Islam. Di sana timbul pelbagai persoalan, bagaimana orang yang tidak ada padanya ilmu dan pengetahuan dapat memberi kesan kepada orang lain ?. Bagaimana ia boleh memainkan peranan di dalam pengislahan dan perubahan ?. Bagaimana ia berupaya memberi kesan kepada manusia atau sekurang-kurangnya ?. Bagaimana ia boleh mendapat thiqah (kepercayaan) dan kemuliaan jika sekiranya pengikutnya mengetahui ia adalah seorang yang jahil, tidak mempunyai pengetahuan dan pembelajaran. Maka sudah tentulah apa yang diberikannya tidak memberi apa-apa faedah. Firman Allah s.w.t.;

قال الله تعالى :"قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون" (سوره الزمر 9)

Al Ustaz Fathi Yakan mengatakan adakah mungkin seorang da’ie itu menguasai manusia kepada Islam jika sekiranya ia jahil dengan asas-asas Islam, Usul dan cabang-cabangnya, hukum-hukum, syariat-syariat, halal dan haram.

Sesungguhnya telah diuji Islam pada hari ini dengan du’at yang menyeru manusia kepada jemaah atau tanzim mereka ganti dari menyeru kepada Islam. Mereka meniupkan kepada orang ramai kebaikan jemaah mereka ini dan bentuk-bentuknya ganti dari mereka menerangkan keindahan Islam dan bentuk-bentuknya. Inilah yang menjadikan ikatan individu-individu dengan dakwah ikatan yang berbentuk kepartian dan bukan lagi ikatan yang berbentuk aqidah. Bahkan menjadikan mereka di setengah-setengah keadaan, ikatan berbentuk peribadi dan bukan lagi berbentuk perinsip. Berikutan dari ini, jadilah medan dakwah Islamiah ditenggelami dengan banyaknya jamaah, parti, kumpulan dan harakah.

Al-Ustaz Abdullah Nasih Ulwan ada mengatakan bahawa Al-Ustaz Ad-Doktor Yusuf Al-Qardhawi telah membahagikan thaqafah-thaqafah yang perlu ada kepada Du’at kepada enam bahagian, iaitu:

a. Thaqafah Islamiah

b. Thaqafah Tarikhiah

c. Thaqafah Adabiah wa Lughawiah

d. Thaqafah Insaniah

e. Thaqafah Ilmiah

f. Thaqafah Waqia’ah

A. Thaqafah Islamiah

Yang dimaksudkan dengan thaqafah Islamiah ialah saqafah yang sumbernya adalah Islam. Tertibnya adalah seperti berikut :

1.Al-Quran Al-Karim dan tafsirnya

Al Quran merupakan sumber yang awal bagi Islam. Begitu juga ia merupakan rukun yang asas bagi thaqafah Islamiah. Sesungguhnya semua pembelajaran Islam mesti dirujukkan kepada sumbernya yang asli iaitu Al-Quran samada Ilmu Aqidah, ibadat, akhlak, undang-undang dan syariat.

Justeru itu, sayugialah bagi du’at menghafaz Al-Quran mengikut kadar yang termampu. Bahkan adalah lebih baik bagi du’at menghafaz kesemuanya dan di zahirkan bilamana sebab-sebab itu berlaku supaya ia berupaya untuk mendatangkannya pada setiap keadaan yang boleh.

Al-Quran itu ialah sebagai lautan yang tak akan kering dan mata air yang tak akan hilang untuk persediaan du’at.Bahkan sesungguhnya wajib bagi du’at yang baik,hendaklah mengelokkan pembacaannya dengan bersungguh-sungguh dan betul sebagaimana yang disuruh oleh Allah.Hendaklah ia mempelajari tentang hukum-hukum tajwid bagi membetul dan memperelokkan lagi pembacaannya. Dia membacanya dengan khusyuk, berkesan dan sedih. Jika terdapat tempat-tempat yang berhajat kepada tangisan ia menangis dan bukan buat-buat menangis.

Adapun ilmu tafsir merupakan ilmu yang penting kerana dengannya dapat difahami apa yang dikehendaki daripad kalam Allah dengan kadar yang termampu. Sesungguhnya beratus-ratus tafsir telah terbentuk dan ada yang dibentuk dalam bentuk kitab-kitab dan ada yang dalam bentuk yang berjilid.

Sebahagian daripada kitab-kitab tafsir ditulis dalam bentuk riwayat dan dinamakan tafsir al-Ma’thur, antaranya yang mashyur ialah tafsir Ibn- Jarir (تفسير ابن جرير), dan tafsir Ibn- Kathir ad- Dimashk (الدمشقي) ada kitab-kitab tafsir yang ditulis dalam bentuk Dirayah dan dinamakan Tafsir bi-al Ra’yee (التفسير بالرأي), tafsir dalam bentuk ini adalah mengikut cara pentafsir itu sendiri, mengikut tabiat masa, pengetahuan dan pengkhususannya.

Jika ia bijak dalam lughah, nahu, balaghah dan fahaman Mu’tazilah maka pentafsirannya akan berbentuk dengan bentuk lughah, nahu, balaghah dan pendapat-pendapat Mu’tazilah seperti tafsir al- Kasyaaf ( الكشاف) oleh Zamakhsari.

Jika ia bijak dalam feqh, hukum-hukum syara’dan pendapat-pendapat mazhab maka pentafsirannya akan berbentuk feqh, hukum-hukum dan pembentangan pendapat-pendapat seperti tafsir al-Qurtubi.

Jika ia memanjangkan di dalam masalah-masalah aqidah dan mencari tentang rahsia kalimah dan apa yang terdapat di sebalik makna-makna pentafsirannya berbentuk penghuraian kepada sifat-sifat ketuhanan, tunjuk ajar dan rahsia makna-makna seperti tafsir al Alusi oleh al Imam Al- Alusi.

2. As- Sunnah dan kitab-kitabnya

As-Sunnah An-Nabawiah merupakan sumber kedua syariat Islam dan asas bagi thaqafah du’at. Sunnah sebagaimana yang dimaklumi merupakan penghuraian kepada Al Quran, menerangkan apa yang belum terhurai. Firman Allah s.w.t :

(وما أنزلنا عليك الكتاب إلا لتبين لهم الذى اختلفوا فيه) سورة النحل 64

Sebenarnya kitab-kitab sunnah sangat banyak, tetapi adalah lebih sayugia bagi du’at mengutamakan apa yang lebih penting contohnya kitab-kitab Sunan-Sittah, (الكتب الستة) Musnad ad-Darimi(مسند الدارمي), Muwata’ Imam Malik dan musnad Imam Ahmad.

Setengah-tengah kitab terdapat ringkasannya yang mana memadai kepada sesiapa yang tidak mempunyai masa untuk membaca teks asalnya, diantaranya:

a. At-Tajdid As-Sorih Li-Zabidi (التجديد الصريح للزبيدي)iaitu mukhtasar bagi Sahih Bukhari.

b. Mukhtasar Sahih Muslim oleh Al-Munziri (مختصر صحيح مسلم للمنذري) ditahqiq oleh Al-Imam Nasruddin Al-Albaani.

c. Jaami’ al- Usul oleh Ibn-Athir ( (جامع الأصول لإبن الأثيرyang menghimpunkan hadis-hadis daripada enam buah kitab sahih kecuali sunan Ibn-Majah iaitu Bukhari, Muslim, Abi-Daud, Turmuzi, An-Nasaai dan Muwatta’ sebagai ganti kepada Sunan Ibn-Majah.

d. Majmu’ Az-Zawaair oleh Al-Haitami iaitu di kumpulkan di dalamnya kelebihan-kelebihan Musnad Imsam Ahmad, Al-Barraz, Abi-Y’la dan tiga buah Maajim At Tabarani yang di cetak sebanyak sepuluh jilid.

Disana terdapat bentuk lain bagi pengumpulan hadis yang mana ianya dikumpul mengikut hadis-hadis yang terawal dan bersesuaian dengan susunan huruf seperti :

a.(الجامع الصغير في احاديث البشير النذير للحافظ السيوطي)

b.(الفتح الكبير بزيادة الجامع الصغير للحافظ السيوطي)

Dengan ditambah isi kandungannya oleh Syeikh An-Nabhani yang cuba mengumpulkan seluruh hadis-hadis daripada kitab-kitab hadis. Kemudian disusun pula oleh Syeikh ‘Alauddin Ali Al-Muttaqi seorang ulma’ daripada India dengan membentuk bab-bab dan tajuk-tajuk di dalam kitabnya yang diberi nama:

كنز النعال

Disana terdapat kitab-kitab lain yang mana didapati hadis-hadis tertentu disusun mengikut pengkhususan tujuannya seperti:

a.Kitabal Azkar oleh An-Nawawi.(الأزكار للإمام النووي)

b.Kitab Al-Kalimu At-Tayyibu ( الكلم الطيب ) oleh Ibn Taimiyah.

c.Kitab Al-Adabul-Mufrad ( الأدب المفرد ) oleh Imam Al-Burari.

d.Kitab Syaabul-Iman ( شعب الإيمان ) oleh Imam Al-Baihaqi.

e.Kitab Riyadul-Salihin ( رياض الصالحين ) oleh Imam An-Nawawi.

f.Kitab At-Targhib wa At-Tarhib ( الترغيب والترهيب )oleh Al Hafiz al Munziri.

g.Kitab Umdatul Ahkam ( عمدة الأحكام ) oleh Al hafiz Al Muqaddasi.

h.Kitab Bulugh Maram (بلوغ المرام من أدلة الأحكام) oleh Al Hafiz Ibn Hajarr.

i.Kitab Al Ilmam ( الإلمام ) oleh Imam Ibn Daqiqul Eid.

Disamping kitab-kitab tersebut, di sana terdapat kitab-kitab hadis dalam bentuk syarah, iaitu kitab yang penting yang tidak dapat tidak para du’at mesti mengetahuinya yang mana ia merupakan anak kunci bagi sesiapa yang ingin membuka permasalahan yang berkaitan dengan hadis, ia juga merupakan pelita yang menyinari perjalanan bagi sesiapa yang ingin mengetahui apa yang terkandung di dalam hadis nabawi samada dari segi hukum-hakam, adab-adab, syariat dan arahan-arahan. Kitab-kitab tersebut adalah seperti :

a) Syarah al Bukhari ( شروح البخاري ) contohnya

(عمدة التاري للعيني) , (فتح الباري لابن مجر) , (ارساد الشاري للعسصلاني)

b) Syarah ai Muslim ( شروح مسلم ) antara yang terpilih ;

(شرح الابن والنبوسي) , (شرح النووي )

c) Syarah Abi Daud ( شروح أبى داود ) contohnya;

(سالم السنن للخطاب ), (بذل المجهود للسهارتفوي ), (عون المسيود للديانوي),(تهذيب السنن لابن اليتيم)

d) Syarah turmizi ( شروح الترميذى ) contohnya ;

(عارضة الاحودى لابن العرين), (تحفة الاحودى للياركقوى)

e) Syarah Nasai ( شروح النسائى ) cohtohnya;

(تعليقات السيوطى ), (والسندى على السنن الكبير )

f) Syarah Muwatta’ ( شروح الموطأ ) contohnya ;

( المنتقى لابن الوليد الياجى ), (والمسوى للدهلوى), (قنوير الحوالك للسيوطى), (اوجز المسالك لمحمد زكريا الكندهلوى )

g) Syarah Musnad ( شروح المسند ) contohnya ;

(الفتح الديانى لاحمد عبد الرحمن البنا )

dan diulas oleh Ahmad Mohd Syakir daripada beberapa juzu’.

h)Syarah Musykatul-Masobiih ( شروح مشكاة المصابيح ) yang diberi nama

(مرعاة المفاتيح للمياركفورى), (مرقاة المفاتيح للسيخ على القارى )

i) Syarah Al Jammi’-Soghiri ( شروح الجامع الصغير ).

j) Syarah Arba’in An Nawawiah ( شروح الأربعين النووي ) dan Al Khamsin

Ar Rajbiah antara yang termasyhur ialah syarah Ibn Rejab yang diberi

nama

(جامع العلوم والحكم فى شرح ممسيم حيثان) جوامع الكلام.

k)Syarah Riadhul-Solihin ( شروح رياض الصالحين ) yang diberi nama Dalil al Falihin ( دليل الفالحين ) sebanyak empat juzuk.

l)Syarah Hadis Ahkam ( شروح الأحاديث الأحكام ) contohnya ( الأحكام) syarah kepada ( عمدة الأحكام لابن دقيق العيد ),

( نيل الأوطار ) syarah kepada ( سنتقى الأخيار للعلامة السوكانى ) dan

( سبل السلام ) syarah kepada ( بلوغ المرام للعالم الصانى).

Di sana juga terdapat kitab-kitab hadis yang di karang oleh Ulama’-ulama’ yang menerangkan tentang adanya golongan yang membawa tashkik terhadap hadis-hadis yang sahih, antaranya:

a. ( السنة ومكانتها فى التشريع الإسلامي) karangan Dr. Mustafa Al sibae.

b. ( السنة قبل التدوينى ­) karangan Dr. Ujaj Al Khatib.

c. (الأنوار الكاشفة فى الرد على كتب ابن ربه ) karangan Ustaz Abdul Rahman Al Yamani.

d. ( الحديث والمحدثون ) karangan Dr. Mohd Abu ( زهو ).

e. ( دفاع عن ابن هريرة ) karangan Dr. Ujaj Al Khatib.

f. ( دفاع عن السنة )karangan Dr. Mohd Abu.

Du’at juga dinasihatkan merujuk kitab-kitab tersebut untuk mengetahui kesahihan mana-mana hadis yang terdapat syak di dalam kesahihannya atau kitab yang menerangkan tentang kedudukan hadis, antaranya :

a.( الاحياء للامام القزالى مع تخريج احاديثه للحافظ العراقى )

b.Pembacaan muqaddimah kitab ( الترغيب والترهيب ) oleh Imam Al Munziri

yang menerangkan tentang jenis-jenis hadis, Penggunaan Istilah yang menerangkan kedudukan hadis samada kuat atau lemah.

c. Kitab ( فيض القدير ) atau mukhtasar ( التيسير ) dengan meletak tanda apa

yang terdapat dalam kitab ( الجامع الصغير ) oleh Al Sayuti iaitu ( ص) menandakan Sahih dan ( ض) menandakan Dhaif.

d. Kitab Takhrij Hadis ( الكشاف ) oleh Hafiz Ibn Hajar.

e. Kitab Takhrij Hadis (الهداية) oleh Al Zailae’ (الزيلعى).

g. Kitab ( تميز الطيب من الخبيث فيما يدور على الستة الناس الحديث لابن الربيع الشيبان )

h. Kitab ( كشف الخفاء جزيل الالياس فيما اشتهر من الحديث على ستة الناس)

i.Kitab tafsir Ibn Kathir.

Para du’at juga mesti mengetahui kitab-kitab yang menerangkan tentang hadis-hadis maudu’ , antaranya seperti :

a. Kitab (الموضوعات) oleh Ibn Al Jauzi.

b. Kitab (اللآئي المصنوعة فى الأحاديث الموضوعة ) oleh Imam As Sayuti.

c. Kitab ( تحذير الخواص من أكاذيب القصاص) oleh Imam As Sayuti.

d. Kitab (المثار المنيف فى الصحيح والضعيف) oleh Ibn Qayyim.

e.Kitab (الموضوعات الكبرى) dan (الموضوعات الصغرى) oleh Sheikh Ali Al Qari.

f. Kitab (تنزيه الشريفة المرفوعة من الأحاديث الموضوعة ) oleh Ibn Iraq.

g. Kitab ( الفوائد المجموعة فى الأحاديث الموضوعة ) oleh Imam Saukani (الشوكانى ).

h. Kitab (الأسرار المرفوعة) oleh Imam Al Maknawi.

3. Sejarah Nabawiyah Dan kepentingannya

Menjadi kemestian kepada du’at mengambil berat terutamanya kepada juzuk-juzuk amali daripada sunnah iaitu perkara-perkara yang ada hubunganya dengan sirah Rasulullah di dalam seluruh masalah.

الإيمان ليس بالتمنى ولكن وقر فى القلب وصدقه العمل

Dari segi ilmiah dari sunnah ini kita dapati Islam diterapkan di dalam kehidupan manusia. Kita dapati Al-Quran al-karim di bentuk pada akhlak manusia Saiyyidah Aisyah apabila di tanya tentang akhlak Rasulullah , beliau menjawab akhlak baginda adalah satu contoh yang hidup kepada fadilah dan akhlak yang diserukan oleh Al-Quran.

Jikalau Islam menyeru kepada keadilan dan menjadikan keadilan itu salah satu dari nilai-nilainya yang tinggi dan prinsip-prinsipnya yang asas serta melawan kezaliman dalam apa sahaja bentuknya maka sesungguhnya kehidupan Nabi saw secara umum dan perjalanannya yang mulia adalah sebagai contoh yang baik untuk mencapai keadilan di dalam seluruh bidang samada keadilan dengan diri sendiri, keadilan dengan keluarga, keadilan dengan kaum kerabat, keadilan dengan kawan-kawan dan keadilan dengan musuh.

SUMBER-SUMBER.

A) Al Quran Al Karim.

B) Kitab –kitab Hadis.

C) Kitab-kitab yang menerangkan tentang kesempurnaan dan petunjuk nabi ,

contohnya seperti kita ( الشما ئل المجمديه).Oleh Al turmuzi, kitab al Shifa’ oleh Qadi

Iyad dan kitab اشقأ).) oleh Ibn Qayyim.

D) Kitab-kitab tarikh yang umum contohnya seperti kitab-kitab tarikh al tabrani , Ibn

Ashir dan Ibn Kasthir.

E) Kitab(دلائل النبوة )

F) Kitab-kitab sirah yang baru di tulis oleh cendikiawan di zamAn mutakhir ini,contohnya seperti ( خاتم النبيين).oleh Mohd Abu Zahrah, Fekh sirah oleh Sheikh Mohd Ghazali dan fikh sirah karangan Said Ramadhan Al Buti.

4. ILMU TAUHID.

Kita tidak mahu mempelajari ilmu ini sebagaimana yang di atur dan di susun oleh orang-orang yang terkemudian sebagaimana yang terdapat di dalam kitab al Jauharah dan seumpamanya begitu juga dalam kitab Al Aqaid An Nasafiah yang mana ada sirah dan hawas ((حواش dan kajian yang panjang perbahasannya contohnya seperti sarah Al Maqasid (شرح المقاصد )atau Sarah Mawaqif(شرح الموافق ) atau yang seumpamanya.

5. ILMU FEKH DAN USULNYA.

Menjadi kemestian bagi du’at hendaklah ada padanya thaqafah fiqhiah mengikut kadar yang termampu, iaitu mengetahui hukum –hukum syara’di dalam ibadat, muamalat, adab , Akhwal Shakhsiah dan ia mampu merujuk hukum-hukum yang tidak di ketahuinya daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Ini adalah penting bagi du’at untuk ia menjawab persoalan yang berkaitan

dengan ibadat , soal- soal kahwin dan cerai, hukum-hukum halal haram, perkara-perkara yang berkait dengan jual beli dan muamalah ekonomi yang mana manusia ramai menanyakan tentangnya.

Tanpa ilmu menyebabkan seseorang itu salah di dalam memberi hukum

yang mana akan menyebabkan kesesatan yang nyata sebagaiman hadis yang di riwayatkan dari Ibn Umar:

إن الله لا يقبض العلم انتزاعا ينتزعه من صدور الناس ولكن يقبض العلم يقبض العلماء حتي إذا

لم يبق عالم اتخذ الناس رؤوسا جهالا فسئلوا فأفتوا بغيري علم فضلوا وأضلوا…….

Sesungguhnya du’at yang berjaya ialah mereka yang memberi nasihat dan kefahaman ilmu yang mana nasihat itu tidak melebihi ilmunya dan tidak pula ia memberi ilmu itu melebihi nasihat.Ini adalah lebih berkesan dan menarik di dalam lapangan dakwah kepada Allah.

Hendaklah du’at menghubungkan sesuatu hukum dengan dalil daripada Al-Quran al-Karim , al Sunnah , al-Qiyas dan Ijma’ kerana dengan dalil, fatwa dan hukum akan diliputi dengan cahaya dan keindahan.

Boleh di ambil manfaat daripada kitab Ahkam Al-Quran oleh al Jasas dan kitab Ayat Al-Ahkam oleh Sheikh dan Sheikh Al Sabbuni selain daripada tafsir Ahkam Quran oleh al Qurtubi.

Boleh juga di dapati daripada kitab fikh hadis , contohnya seperti:

نيل الاوطار للشوكاني ,الاحكام لابن دقيق العيد, فقه السنه سيد سابق وسبل السلام.

Boleh juga di dapati daripada kitab fikh, contohnya seperti:

المجموع للنووى الشافعي , المغني لابن قدامة الحنبلي,

Begitu juga kita jangan lupa untuk mengambil manfaat daripada kitab al-Fatawa oleh Sheikhul Islam Ibn Taimiah, kitab Za’adul Maad karangan Ibn Qayyim dan juga kitab

الفقه المذاهب الأربعة.

Karangan al Jaziri.

6. ILMU TARBIAH PENDIDIKAN DAN TINGKAH LAKU.

Menjadi satu kemestian bagi du’at mempunyai pengetahuan tentang tingkah laku yang membahaskan masalah akhlak moral dan sentimen dalam pembentukan peribadi muslim.

Method persediannya meliputi rohani, tarbawi dan tingkah laku di bahas juga tentang penyakit-penyakit jima’, kemasukan syaitan bagaimana menjaga dan merawatnya. Di bicara juga kekuatan hubungan antara hamba dengan Allah bagaiman cara menyediakannya dan jalan untuk sampai kepadanya

PERATURAN ISLAM.

Yang dimaksudkan di sini ialah du’at juga digalakkan mempelajari kajian tentang kesedaran ,kefahaman dan peraturan Islam atau kesyumulan asas-asas Islam atau Falsafah Perundangan Islam

Di sana terdapat kitab-kitab yang di karang oleh cendikiawan Islam yang tertentu mengikut pengkhususannya.

a.Dalam bidang akidah dan asas pemikiran.

1. (مبادئ الاسلام ) Oleh Abu ‘A’la Al Maududi.

2 (العقائد الإسلامية.) Oleh Hasan Al Banna.

3 ((خصائص التصور الاسلامي. Oleh Syed Qutub.

4 (قصة الإيمان) oleh Nadim Al Jasri

5 (قصة الهداية) oleh Abdullah Nasih Ulwan

6 (نظام الإسلامى العقيدة العبادة) oleh Mohammad Al Mubarak

7 (الإسلامى يتحدى) oleh Wahiduddin Khan

8 (الله جل جلاله) oleh Sa’id Hawwa

9 (الرسول (ص) ) oleh Sa’id Hawwa

10 ( (عقيدة المسلم oleh Mohammad Al-Ghazali

11 ( (حقائق الإسلام واياطيل خصومهoleh Abas Mahmud Al’Aqad

12 (الإيمان والحياة) oleh Dr Yusoff Qardhawi

13 (الله ينجلى فى عصر العلم) oleh Ahli-ahli fikir di dunia.

.

b Dalam bidang ibadat dan syariat.

1. (الاركان الابته.) Oleh Abu Hassan An Nadawi .

2. (العبادة في الاسلام.) Oleh Dr Yusof al Qardawi.

3. (الصلاة وأسرارها وحكمتها) Oleh Hasan Al Turabi .

c Dalam bidang akhlak dan tarbiah.

1. (ربانية لا هباثية) Oleh Abu Hasan An Nadawi.

2. (خلق المسلم.) Oleh Muhammad Al Ghazali.

4. ( (دستور الأخلاق فى الإسلام oleh Muhammad Abdullah Diraaz

3. ((تربية الأولاد فى الإسلام Oleh Abdullah Naasih Ulwan .

5. (السلوك الاجتماعي في الاسلامي) Oleh Hasan Ayub .

6. (منهج التربية الاسلام) Oleh Muhammad Qutb

d. Dalam bidang perundangan dan peraturan kemasyarakatan

1.( العدالة الاجتماعي في الاسلام) Oleh Syed Qutb .

2.( (خطوط رئسية في الاقتصاد الاسلامى Oleh Mahmud Abu As

Saud.

3. (منهاج الاسلام في الحكم) Oleh Muhammad Asad.

4. (نظام الإقتصادى فى الإسلام) Oleh Muhammad Al Mubarak

5. (الاقتصاد الاسلامي مدخل ومنهاج) Oleh Isa Abduh Ibrahim

6. (المجتمع المتكافل في الاسلام) Oleh Abdul Aziz Khiat

7. (تعدد الزوجيات في الاسلام) Oleh Abdullah Naasih Ulwan

8. (التكافل الاجتماعي في الاسلام) Oleh Abdullah Naasih Ulwan

9. (نظام الرق في الاسلام) Oleh Abdullah Naasih Ulwan

10. (حرية الاعتقاد في الاسلام) Oleh Abdullah Naasih Ulwan.

11. (اشتراكية الاسلام) Oleh Mustafa As Siba’ei

12. (الفكر الاسلامي المعاصر) Oleh Muhammad Al Bahi

13. (الثروة في ظل الاسلام) Oleh Al Bahi Al Khuli.

14. (فقه الزكة) Oleh Yusof Al Qardawi

15. (مشكلة الفقر وكيف عالجها الاسلام) Oleh Yusof Al Qardawi.

16. (غيرالمسلمين في مجتمع الاسلامي) Oleh Yusof Al Qardawi

17. (التشرع الجنائ الاسلامى) Oleh Abdul Qadir ‘Audah.

18. (التشريع الجنائي الانساني في ظل الاسلامي) oleh Muhammad Abu

Zuhrah

19. (الفرد الدولة في شريعة الاسلام) Oleh ‘Abdul Karim Zaidan.

20. (نظام الحكم فى الإسلامى) Oleh Muhammad Abdullah Al

Arabi

21. (نظرية الاسلام وهدية في السياسة والستور ) Oleh Abu –ala Al

Maududi.