Monday, April 2, 2007


PERANCANGAN CIA KEPADA JAMAAH ISLAM

Bersyukur kita kepada Allah SWT kerana masih lagi diberi kesempatan untuk bersua pada sudut pendedahan kali ini. Seperti keluaran lalu, kali ini sudut pendedahan akan memaparkan sebuah lagi kisah kejahatan musuh-musuh Islam.

Sebuah dokumen telah diterbitkan dalam akhbar Al-Madinah Al Munawwarah isu 4570, Al-Arab, Ad-Dakwah dan dalam buku Callers Not Rebels, muka 179. Dokumen ini berhubung dengan perancangan CIA untuk menghancurkan jamaah-jamaah Islam. Semoga kita mendapat sesuatu daripadanya. Dokumen itu berbunyi:

Dari Richard B. Mitchell, Ketua Perisikan Amerika di Kedutaan Amerika di Kaherah, Mesir

Kepada: Ketua Perkhidmatan Rahsia, CIA (Perisikan Pusat Amerika)

Maklumat yang diperolehi oleh agen-agen kami, dari perisikan Israel dan laporan-laporan rahsia menunjukkan bahawa kita perlu memberi tamparan hebat ke atas kumpulan-kumpulan Islam yang telah muncul di seluruh negara-negara Muslim Arab, Eropah dan Amerika Utara. Kita telah memerhatikan bahawa cara penindasan dan keganasan yang dilakukan ketika Presiden Abdul Naser (memerintah Mesir dalam tahun 1950an dan 1960an) telah menyebabkan umat Islam bersimpati dengan kumpulan Islam dan seterusnya menggagalkan usaha kita. Nasihat yang disampaikan oleh kerajaan Mamduh Salem bahawa adalah memadai untuk memberi tamparan hebat ke atas kumpulan 'Takfir Wal Hijrah'. Maka kita kemukakan cara-cara berikut sebagai penyelesaian pilihan:-

Adalah memadai untuk melakukan usaha menghancurkan secara tidak menyeluruh dan bukan secara menyeluruh serta menghadkan usaha-usaha ini kepada tokoh-tokoh tertentu. Kami gemar untuk menghapuskan tokoh-tokoh ini dengan cara yang kelihatan normal.

Berkenaan dengan tokoh-tokoh terkemuka itu yang tidak dipilih untuk dihapuskan, kami nasihatkan perkara berikut:-

*Mereka yang boleh diumpan dengan jawatan tinggi hendaklah digoda supaya mereka akan sibuk dengan projek-projek Islam yang tak berguna dan aktiviti-aktiviti lain yang akan menghakis usaha mereka.

*Berusaha untuk menarik mereka yang mempunyai minat untuk berniaga dan melibatkan diri dalam ekonomi untuk menyumbang kepada projek Mesir dan Israel.

*Untuk mewujudkan peluang-peluang pekerjaan di negara-negara Arab yang kaya dengan minyak dan ditawarkan gaji lumayan dengan harapan menjauhkan mereka dari aktiviti Islam.

Berkenaan dengan kumpulan Islam di Eropah dan Amerika, kami cadangkan berikut:-

Untuk menghakis tenaga mereka dalam kegiatan yang melibatkan orang bukan Islam dan menghancurkan usaha-usaha itu melalui institusi-institusi kita.

Untuk menghakis tenaga mereka dalam menerbitkan buku-buku Islam dan menghancurkan usaha mereka.

Menyebarkan benih-benih keraguan dan pertelingkahan di kalangan kepimpinan mereka supaya mereka sibuk dengan pergolakan dan akibatnya tumpuan mereka dalam aktiviti Islam akan merosot.

Merujuk kepada belia Muslim, kita perlu menumpukan kepada perkara berikut:-

Untuk menggalakkan serangan ke atas Sunnah Muhammad SAW dan untuk menimbulkan keraguan tentangnya dan tentang sumber-sumber Islam yang lain. (Ulasan Pen: Umpamanya di Malaysia, Kumpulan Jamaah Al-Quran pimpinan Kassim Ahmad serba sedikit berjaya menimbulkan keraguan umat Islam tentang kesahihan Hadith.)

Untuk memecahbelahkan perkumpulan Islam dan untuk menyebarkan pertelingkahan di kalangan mereka.

Untuk menghadapi kesedaran belia lelaki dan perempuan Muslim yang mahu menghayati ajaran Islam khasnya perintah kepada perempuan untuk memakai pakaian Islam melalui aktiviti maklumat dan kebudayaan yang boleh meracuni pemikiran mereka.

Institusi pengajian dan media dalam pelbagai peringkat mestilah terus menyekat pergerakan Islam, menghadkan mereka dan merendahkan aktiviti mereka (di khalayak ramai dengan menabur fitnah).

Untuk mengubah sukatan pelajaran Sejarah Islam dan agama di sekolah-sekolah, menumpukan kepada kelemahan yang terdapat dalam Khilafah Islam khasnya ketika Khilafah Usmaniah. Kemudian menunjukkan bagaimana negara barat maju dengan pantas selepas tumpasnya gereja dan apabila agama dipisahkan dari politik.

Untuk menghakis tenaga belia Muslim dalam upacara-upacara (ritual) ibadah yang diawasi oleh kepimpinan kerohanian yang mengikut dasar yang telah dirancang oleh kita. (Ulasan Pen: Di antara dakyah yang mereka sebarkan adalah umat Islam tidak boleh campurkan politik, pemerintahan, ekonomi dan sebagainya dengan agama. Mereka juga meracuni pemikiran dengan menyempitkan pemikiran umat Islam bahawa Islam itu cuma upacara ritual seperti sembahyang dan puasa sedangkan menegakkan Negara Islam juga adalah kewajipan)

Untuk mengeruhkan perbezaan mazhab dan pertelingkahan kecil.

Inilah cadangan yang kami kemukakan untuk menangani masalah kumpulan Islam dalam tempoh yang kritikal ini. Jika kamu yakin dengannya, kami meminta kamu supaya menyampaikan pandangan ini kepada pihak berkuasa yang berkenaan supaya mereka melaksanakannya dengan mengambil kira bahawa kami bersedia untuk memainkan peranan perlaksanaan yang diperlukan.

Tandatangan

(Richard B. Mitchell)

Ketua Perisikan Amerika di Kaherah


No comments: